29.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tahap integriti polis masih membimbangkan, kata IGP

    Shopee Sale

    Tahap integriti warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih membimbangkan walaupun peringatan dan amaran diberikan berulang kali mengenai perkara itu, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

    Justeru, Razarudin berkata, terdapat keperluan untuk perubahan drastik terhadap budaya kerja dan tahap integriti dalam diri warga PDRM agar pasukan keselamatan terbabit kekal relevan dan dihormati masyarakat.

    “Kewibawaan dan imej PDRM tercalar dengan penangkapan segelintir warga PDRM atas kesalahan seperti dadah, jenayah dan salah guna kuasa.

    "Malah saya dimaklumkan pada 2023, terdapat penglibatan 22 pegawai PDRM sebagai suspek kes jenayah komersial.

    “Lebih membimbangkan, penglibatan pegawai PDRM dalam kes jenayah komersial meningkat kepada 23 orang pada Jan hingga Sept 2024,” katanya.

    Razarudin berkata demikian ketika berucap di perhimpunan bulanan Ketua Polis Negara anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.

    MENARIK:  Dua diselamatkan dalam insiden kapal kargo langgar jambatan Baltimore

    Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf.

    Razarudin turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan warga PDRM yang terlibat dalam kes salah laku yang dianggapnya sebagai mementingkan diri sendiri.

    “Saya amat kecewa dan terkilan kerana amanah di sebalik seragam biru yang kita banggakan ini disalah guna oleh mereka yang tidak keterlaluan jika saya ibaratkan sebagai manusia tidak bermaruah dan mementingkan diri sendiri.

    “Justeru, sempena pelancaran Bulan Integriti Nasional 2024 bertemakan Teguh Integriti Kukuh Pertiwi pada 5 Nov yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, PDRM menyambut baik usaha murni kerajaan dalam memperkasakan pembudayaan integriti,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah