27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tahanan Pakistan lolos: Polis siasat pelanggaran SOP

    Shopee Sale

    Polis membuka kertas siasatan bagi mengesan sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) berhubung kes tahanan reman warga Pakistan yang dilaporkan melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh di Shah Alam minggu lepas.

    Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata kes disiasat di bawah seksyen 223 dan 224 kanun keseksaan, dengan pihaknya kini sedang meneliti jika terdapat sebarang kecuaian atau kelemahan sebelum sebarang tindakan diambil.

    “Kita juga telah panggil anggota untuk dirakam keterangan selain beberapa individu lain termasuk dari pihak Jabatan Penjara, malah (keterangan) daripada tahanan juga kita ambil yang menjadi saksi kejadian.

    “Setakat ini tiada penahanan dilakukan terhadap mana-mana individu cuma ada yang direhatkan daripada tugas aktif,” katanya pada Sidang Media Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor di sini hari ini.

    Beliau berkata pihaknya percaya suspek Muhammad Hassan, 24, masih berada di sekitar kawasan Sungai Buloh selain usaha mengesan lelaki itu yang telah memasuki hari kelima kini ditingkatkan dengan penyertaan agensi lain.

    MENARIK:  Lagi hutan simpan di KL: Bukit Dinding, Pulai Trail dalam proses pewartaan

    -- LAGI

    POLIS-SOP 2 (AKHIR) SHAH ALAM

    “Kita percaya tahanan tersebut masih belum berkomunikasi dengan rakan yang lain dan tindakan daripada pihak polis, kita percaya telah berjaya untuk menghalang proses komunikasi tersebut berlaku,” katanya.

    Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pemeriksaan di semua pintu sempadan negara diperketatkan bagi mengelakkan suspek melarikan diri ke luar negara.

    Lelaki tersebut melarikan diri daripada kawalan polis di Padang Kawad Penjara Sungai Buloh pada 6 petang selepas menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Shah Alam.

    Suspek yang berdepan pertuduhan berkaitan kes gangguan seksual terhadap kanak-kanak serta kesalahan imigresen itu, kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berwarna oren dan seluar panjang hitam.

    Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhendran Chandra menerusi talian 010-4304383 atau Hotline Bilik Operasi Search and Capture (SAC) 03-61401096.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah