24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk direman 7 hari

    Shopee Sale

    Lelaki yang membunuh dan menyimpan mayat seorang wanita dipercayai ibu kandungnya dalam peti sejuk sejak tiga tahun lepas di sebuah rumah di Taman OUG, Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur, direman tujuh hari bermula hari ini.

    Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa (gambar judul) berkata suspek berusia 53 tahun yang juga seorang penganggur itu akan direman hingga 19 Nov.

    Beliau berkata suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan polis masih menunggu laporan kesihatan daripada pihak hospital serta laporan bezah siasat ke atas mayat mangsa.

    MENARIK:  ‘Selesai isu kapasiti bilik darjah, guru sebelum terima murid enam tahun’

    “Suspek sendiri yang membuat panggilan polis bagi menyerah diri dan tindakannya itu masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Pada 8.45 pagi semalam, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat wanita di sebuah rumah di Taman OUG sebelum lelaki warga tempatan berusia 53 tahun itu ditahan.

    Mayat mangsa dihantar ke Pusat Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk proses bezah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah