29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SURAT | Pemerdagangan manusia di Keningau: Tiada toleransi, tiada kompromi

    Shopee Sale

    Kes pemerdagangan manusia di Keningau yang melibatkan empat gadis, termasuk mangsa bawah umur, adalah jenayah jijik dan pengkhianatan besar terhadap anak-anak kita. 

    Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam ini. Ini bukan sekadar jenayah tetapi ini adalah penderaan, perhambaan moden, dan rompakan masa depan generasi kita.

    Saya menghargai tindakan pantas pihak polis menyelamatkan mangsa, tetapi saya menegaskan bahawa menahan seorang gadis 18 tahun tidak boleh dijadikan penutup cerita. 

    Sangat jelas dia berkemungkinan besar hanyalah mangsa yang dimanipulasi atau dipaksa.

    Persoalan sebenar, di mana dalang? Di mana ketua sindiket? Siapa pelanggan yang membeli tubuh anak-anak kita?

    Mereka yang membeli seks daripada bawah umur adalah perogol, bukannya pelanggan. Mereka mesti ditangkap, didakwa, dan dihukum seberat-beratnya. 

    Begitu juga dengan mana-mana premis, rangkaian atau pihak yang bersubahat, mereka adalah sebahagian daripada jenayah ini dan mesti dipertanggungjawabkan.

    MENARIK:  Wanita jangan takut main peranan lebih besar - Wan Azizah

    Kita tidak boleh berpura-pura kononnya keadilan sudah ditegakkan hanya kerana mangsa diselamatkan. 

    Jika tubuh mereka bebas tetapi jiwa mereka terus hancur, maka negara ini telah gagal dua kali. 

    Sokongan trauma, perlindungan jangka panjang, pendidikan dan pemulihan sosial mesti dijadikan keutamaan.

    Kes ini adalah bukti bahawa pemerdagangan manusia sedang berleluasa di Sabah. Ia wujud kerana ada permintaan, ada keuntungan, dan terlalu ramai yang memilih untuk menutup mata.

    Saya tidak akan berdiam diri. Saya menuntut siasatan menyeluruh sehingga ke akar umbi.

    Kita mahu dalang ditangkap, sindiket dihancurkan, pelanggan dihukum. Noktah. Tiada alasan, tiada kompromi!


    BRONICA SIKULA ialah ketua Wanita DAP Sabah.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah