25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sumber: SPRM tahan pegawai penguatkuasa minta RM12,000 tutup kes rogol

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang pegawai penguatkuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 sebagai balasan untuk menutup satu kes rogol.

    Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 10 pagi semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

    “Suspek dipercayai melakukan kesalahan itu sekitar 2019 dan menerima rasuah daripada seorang individu sebagai balasan untuk menutup satu kes rogol," katanya.

    Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan lelaki terbabit akan dibawa ke Mahkamah Perlis, hari ini untuk didakwa.

    MENARIK:  Pusat pakar pergigian pertama negara siap dibina di N Sembilan

    Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah