33.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami isteri, dua lelaki didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru

    Shopee Sale

    Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihada`pkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.

    Gan Zhang Gui, 37, Cham Li Na, 34, Mohd Ismail Aiman Muhamad Radhuan, 26, dan Lim Chin Hock, 37, bersama-sama Tony yang masih dalam tahanan pihak berkuasa Peru, didakwa memperdagang dua wanita berusia 19 dan 25 tahun di sebuah rumah di La Laguna, La Planicie, La Molina, Peru pada 7 Okt 2023.

    Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

    Hakim Azura Alwi membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu pasport mereka diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 20 Mei ini untuk sebutan semula kes.

    MENARIK:  Ketua WFP beri amaran 500,000 penduduk Gaza di ambang kebuluran

    Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Anas Bashari memaklumkan mahkamah bahawa pendakwaan tidak menawarkan jaminan namun jika mahkamah menggunakan budi bicara bagi membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin, beliau mencadangkan jumlah yang tinggi dikenakan terhadap mereka.

    Peguam Hafizatul Shahirah Jamari, yang mewakili Lim dan Gan, memohon jumlah rendah atas alasan mereka menanggung keluarga manakala peguam Ikram Ibrahim, yang mewakili Cham dan Mohd Ismail Aiman, pula memohon jaminan RM5,000.

    Difahamkan kesemua tertuduh telah ditahan oleh polis Peru dan dihantar pulang ke Malaysia untuk siasatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah