29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SPRM tahan pegawai penguat kuasa buat tuntutan palsu selenggara kapal

    Shopee Sale

    Tiga individu termasuk seorang pegawai kanan penguat kuasa direman enam hari bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai lebih RM1 juta, empat tahun lepas.

    Perintah reman terhadap ketua sebuah pusat servis, pegawai kanan penguat kuasa dan pemilik sebuah syarikat berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Majistret Siti Noor Hidayah Mohd Noor selepas permohonan dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Menurut sumber, kesemua suspek disyaki bersubahat membuat tuntutan palsu bagi kerja-kerja penyelenggaraan kapal sebuah agensi penguat kuasa pada 2020.

    Kesemua suspek ditahan kira-kira 8 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah di Alor Setar dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

    MENARIK:  Memperdagang pembantu rumah - Mahkamah arah dua wanita bela diri

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah