31.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SPRM sokong unit integriti di semua PBT

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memasukkan elemen antirasuah dalam sistem penilaian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bermula tahun ini.

    Ini selepas laporan mengatakan 12 PBT diturunkan taraf dalam Sistem Penarafan Bintang (SPB-PBT) apabila elemen antirasuah dimasukkan ke dalam sistem penilaian tersebut.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata badan pencegah rasuah itu yakin inisiatif berkenaan akan mempertingkatkan ketelusan dalam prestasi PBT.

    "Langkah ini penting untuk memperkukuh integriti, tadbir urus, dan tata kelola demi merealisasikan sistem perkhidmatan awam yang cekap, bersih, dan berkesan," katanya.

    MENARIK:  K’jaan lulus RM16.45b bangun kilang pemasangan helikopter - KM Melaka

    Jelasnya, SPRM bersedia memberi sokongan dari segi khidmat nasihat dan latihan bagi memastikan penubuhan Unit Integriti di setiap 156 PBT di seluruh negara.

    Azam berkata ia selaras kewajipan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Ceraian 1.2.1: Penubuhan Unit Integriti (UI) di semua sektor awam seperti yang disarankan dalam Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS).

    Sebelum ini, Menteri KPKT Nga Kor Ming berkata sebanyak 12 PBT turun taraf SPB-PBT selepas

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah