Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang bekas pembantu kepada menteri ekonomi sebelum ini Rafizi Ramli bagi membantu siasatan satu kes.
Badan antirasuah itu berkata mereka sedang menjejaki Chai Jin Shern, atau juga dikenali sebagai James Chai yang alamat terakhirnya di Shah Alam, Selangor.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Mohd Hafidz Bin Abd Halim di talian 017-5046503 atau emel kepada [email protected].
Kenyataan hari ini bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut siasatan.
Chai adalah salah seorang daripada beberapa bijak pandai yang dilantik Rafizi bagi membantunya.
Dia adalah graduan pusat pengajian tinggi terkemuka dunia Universiti Oxford dalam bidang undang-undang dan teknologi, yang juga seorang penulis.
[Berita penuh menyusul]





