29 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Situasi di Laut China Selatan selamat, terkawal – Adly

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Situasi keselamatan perairan negara di Laut China Selatan adalah selamat dan terkawal, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

    Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata berdasarkan penilaian ancaman yang dilaksanakan oleh agensi berkaitan, kawasan perairan itu kekal bebas dan terbuka untuk komuniti maritim.

    Adly Zahari

    Beliau menjelaskan laporan berhubung kehadiran aset maritim China di sempadan maritim negara adalah lebih kepada pasukan pengawal pantai republik itu dan bukannya kapal peranang tenteranya.

    “Walaupun kehadiran kapal China di perairan negara mencetuskan polemik, namun sehingga hari ini mereka tidak melakukan sebarang tindakan agresif seperti dilakukan kepada negara lain.

    “Kementerian Pertahanan bagaimanapun kekal komited melaksanakan amanah untuk mempertahankan kedaulatan negara dan memastikan aset pertahanan negara berada pada tahap optimum dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman di perairan maritim negara, terutama di Laut China Selatan,” katanya pada sesi soal jawab.

    MENARIK:  Presiden Colombia cadang simbol kebebasan Patung Liberty dipindah dari AS

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah