30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siasatan penuh penuntut UM jatuh bangunan sedang dijalankan – Zambry 

    Shopee Sale

    Laporan dan siasatan penuh berhubung kes seorang penuntut Universiti Malaya (UM) maut selepas terjatuh daripada bangunan kolej kediaman petang tadi sedang dijalankan pihak berkuasa, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

    Menerusi catatan di Facebook, Zambry berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan UM akan memberikan bantuan segera kepada keluarga mangsa.

    "Buat masa ini, kita masih menunggu kenyataan rasmi daripada pihak polis sebelum KPT mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut," katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar berkenaan.

    Zambry berkata sejurus menerima perkhabaran mengenai insiden itu, beliau bergegas ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

    MENARIK:  Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan

    Sementara itu, UM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa mahasiswa yang terlibat dalam insiden berkenaan meninggal dunia ketika menerima rawatan di PPUM.

    Menurut kenyataan itu, punca kejadian masih dalam siasatan dan UM kini memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa. UM juga meminta semua pihak agar menghormati privasi keluarga pelajar berkenaan serta tidak membuat sebarang spekulasi atau perkongsian maklumat yang tidak sahih berhubung insiden itu.

    "Seluruh warga UM menzahirkan rasa sedih dan simpati yang mendalam kepada keluarga Allahyarham dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar sedang menyalurkan bantuan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga Allahyarham," menurut kenyataan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah