29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siasatan kes MBI: SPRM temukan petunjuk baru – Azam Baki

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menemukan petunjuk baharu dalam siasatan kes rasuah membabitkan Menteri Besar Incorporated (MBI) berkaitan rasuah konsensi perlombongan pasir, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

    Bagaimanapun beliau berkata perkara itu masih belum boleh didedahkan berikutan pihaknya masih dalam proses menjalankan siasatan, termasuk mengumpul keterangan daripada saksi.

    “Memang ada penambahan keterangan baharu yang diperolehi tetapi buat masa ini saya tidak boleh kongsikan lagi berhubung dapatan baru itu, perkara ini kita akan siasat lebih lanjut lagi," katanya kepada pemberita di Nilai hari ini.

    Beliau berkata demikian selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 28 Bil. 1/2023 (Penolong Penguasa Gred P29) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Nilai hari ini.

    “Ada sembilan premis telah digeledah semasa siasatan, dan kita tak ada sita sebarang premis kerana ia bukan milik mereka, ada satu premis milik seseorang yang tinggal di situ namun ia bukan perkara yang berkaitan dalam siasatan kami,” katanya.

    MENARIK:  Jawi diarah siasat terjemahan al-Quran promosi budaya songsang

    Azam sebelum ini dilaporkan berkata SPRM telah membekukan aset bernilai jutaan ringgit melibatkan siasatan kes MBI berkaitan rasuah konsesi perlombongan pasir.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah