30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Air terjun dari air paip tarik perhatian ramai di China

    Shopee Sale

    Sebuah kawasan air terjun di China menarik perhatian ramai selepas tular video menunjukkan sumber airnya berasal daripada air paip dan bukan sumber semula jadi.

    Air Terjun Yuntai terletak di Taman Gunung Yuntai, sebuah destinasi pelancongan utama di wilayah Henan di bahagian tengah utara China.

    Ia mendapat perhatian apabila sebuah video yang disiarkan di media sosial menunjukkan sebuah paip membekalkan air kepada air terjun setinggi 314 meter itu (1,030 kaki).

    Pengurusan Taman Gunung Yuntaii kemudian menjelaskan perubahan musim akibat kemarau memerlukan sumber tambahan kepada air terjun terbabit.

    "Air terjun itu tidak dapat memberi jaminan bahawa orang ramai akan menyaksikan pemandangnnya yang paling cantik apabila berlaku perubahan musim," katanya.

    Pengurusan taman itu juga mengucapkan terima kasih atas perhatian yang diberikan dan berjanji orang ramai akan menyaksikan pemandangan air terjun yang lebih semulajadi pada musim panas ini.

    Walaupun video itu mengejutkan, namun rata-rata netizen memuji tindakan diambil pihak pengurusan taman itu.

    "Sebenarnya sumber air terjun itu bukanlah yang mahu dilihat orang ramai, jadi saya tidak fikir ia satu pembohongan kepada mereka," kata seorang pengguna Weibo.

    MENARIK:  Ronald tak layak minta Muhyiddin undur - Pemuda, ahli MPT Bersatu

    Yuntai bukanlah air terjun pertama di China yang direka dan diubah suai.

    Iklim monsun di negara itu menjadikan ia satu cabaran untuk memastikan air sentiasa mengalir semasa musim kemarau.

    Pada tahun 2004, sebuah empangan dibina untuk memastikan air terus mengalir di air terjun Huangguoshu semasa musim kemarau.

    Pada masa itu, empangan itu menerima pujian kerana berjaya "mengakhiri sejarah Air Terjun Huangguoshu yang kering."

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah