29 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Setahun konflik di Gaza: Kesakitan tidak tertanggung, kata ICRC

    Shopee Sale

    Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada Ahad menyatakan bahawa terdapat "beban kesakitan yang tidak tertanggung" hampir setahun selepas konflik di Gaza, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    "Rakyat di rantau ini terus menanggung beban kesakitan, penderitaan dan kehilangan yang tidak tertanggung, yang melangkaui sempadan...penderitaan manusia tiada sempadan," kata agensi bantuan antarabangsa itu di Geneva.

    "Tahun ini ditandai dengan kekecewaan dan persoalan yang tidak terjawab. Puluhan ribu orang telah terbunuh dan jutaan lagi telah kehilangan tempat tinggal di seluruh rantau ini," katanya.

    ICRC sekali lagi menyeru semua pihak yang terlibat untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan menghormati maruah manusia.

    MENARIK:  Hak sama rata tanpa kira agama antara sebab PN tolak MoU kerajaan

    Di bawah Konvensyen Geneva, agensi itu bertanggungjawab untuk mencegah dan mengurangkan penderitaan semasa konflik bersenjata, dengan perlindungan orang awam sebagai keutamaannya.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah