28.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Serangan Israel terhadap anggota pengaman adalah ‘jenayah perang’

    Shopee Sale

    Lubnan mengutuk serangan dron Israel pada Khamis di bandar selatan Sidon yang membunuh tiga orang awam dan mencederakan beberapa askar Lubnan serta anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menyifatkannya sebagai “jenayah peranang,” lapor Agensi Anadolu.

    Lima anggota pengaman cedera dalam serangan dron berhampiran pos kawalan tentera di Sidon, selatan Lubnan, menurut misi PBB.

    Dalam satu kenyataan, misi itu memaklumkan bahawa kecederaan berlaku ketika konvoi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) yang membawa anggota pengaman baharu ke selatan negara itu melalui Sidon dan serangan dron mengenai kawasan berhampiran.

    Tentera Lubnan mengesahkan bahawa serangan itu dilakukan oleh dron Israel yang menyasarkan sebuah kenderaan, membunuh tiga individu di dalamnya dan mencederakan tiga askarnya yang bertugas di pos kawalan tentera berhampiran.

    Dalam reaksinya, Kementerian Luar Lubnan berkata ia mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel itu dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengecam serangan berkenaan serta meminta Israel bertanggungjawab.

    Kementerian itu menyifatkan serangan berkenaan sebagai “peningkatan serangan Israel yang menyasarkan anggota pengaman UNIFIL, askar Lubnan dan orang awam yang merupakan jenayah peranang dan pelanggaran terang-terangan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.”

    MENARIK:  ‘Asas ekonomi utuh perlu untuk depani cabaran, ketidaktentuan global’

    Ia turut mengulangi komitmen Lubnan terhadap perananan penting UNIFIL dalam penyelarasan dengan Tentera Lubnan dalam mengekalkan keselamatan dan kestabilan di sepanjang sempadan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, terutamanya di tengah-tengah peningkatan serangan Israel yang mengancam keamanan serantau.

    Kementerian itu juga mengesahkan semula komitmen Lubnan terhadap Resolusi 1701 PBB, dengan menekankan keperluan pelaksanaannya secara penuh dan seimbang untuk melindungi anggota pengaman UNIFIL, askar Lubnan dan orang awam serta mencapai keselamatan yang berpanjangan di kawasan itu.

    Serangan udara besar-besaran Israel di Lubnan telah berlangsung sejak akhir September terhadap apa yang didakwanya sebagai sasaran Hizbullah, peningkatan dalam peranang rentas sempadan yang telah berlangsung sejak konflik di Gaza bermula.

    Lebih 3,100 orang terbunuh dan lebih 13,800 cedera dalam serangan Israel sejak Okt 2023, menurut pihak berkuasa kesihatan Lubnan.

    Israel melancarkan serangan darat ke selatan Lubnan pada 1 Okt.

    -Bernama-Anadolu

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah