27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, August 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Separuh dari kes salah laku polis terhenti di peringkat siasatan – Suaram

    Shopee Sale

    Hampir separuh daripada kes salah laku polis yang dilaporkan di Malaysia tidak diteruskan selepas peringkat siasatan, menurut Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam laporan hak asasi manusia terbaru dikeluarkan NGO itu.

    Koordinator dokumentasi dan pemantauan Suaram, Jernell Tan, mendedahkan bahawa sejumlah 170 kes yang melibatkan 198 dakwaan salah laku telah dilaporkan.

    “Daripada 198 dakwaan tersebut, 99 kes tidak diteruskan selepas peringkat siasatan, 90 kes berakhir dengan pertuduhan, dan lapan kes membawa kepada penggantungan.

    MENARIK:  PH jamin bantu kemenangan BN di DUN Mahkota - Saifuddin

    “Hanya seorang anggota yang dibebaskan,” jelas Tan semasa pelancaran laporan tersebut.

    Menerangkan jenis-jenis salah laku, Tan berkata kes rasuah mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu melibatkan seramai 68 anggota.

    Ia dikuti dengan peras ugut sebanyak 64 kes, manakala 15 anggota terlibat dalam keganasan seksual dan 11 keganasan fizikal.

    Kesalahan lain termasuk jenayah berkaitan dadah, pembunuhan, rompakan, ugutan, dan penculikan, yang menunjukkan perkembangan salah laku yang membimbangkan dalam pasukan polis.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah