26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Selangor umum bantuan khas setengah bulan gaji untuk penjawat awam

    Shopee Sale

    Penjawat awam Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) tambahan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 susulan prestasi semasa kewangan negeri yang memberangsangkan.

    Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata BKK tambahan yang diberikan menerusi Insentif Rekod Hasil Negeri itu akan disalurkan secara berperingkat selewat-lewatnya 15 April ini sebagai menghargai jasa mereka yang telah bertungkus-lumus dalam meningkatkan kedudukan kewangan kerajaan negeri.

    Beliau berkata insentif yang akan memanfaatkan kira-kira 18,000 penjawat awam negeri itu melibatkan implikasi kewangan lebih RM26 juta.

    "Berdasarkan prestasi yang baik dengan kutipan hasil setakat hari ini berjumlah RM691 juta, maknanya kita berada di landasan yang betul dan sebab itu saya umumkan beberapa insentif untuk penjawat awam di Selangor," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Mahabbah Ramadan Madani bersama Penjawat Awam Selangor di Shah Alam hari ini.

    MENARIK:  Kes dera UPNM: Polis rampas seterika, soal siasat suspek

    Sebelum ini, Amirudin ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2025 mengumumkan penjawat awam negeri Selangor menerima BKK sebulan gaji sempena Aidilfitri yang akan dilunaskan pada 25 Mac ini.

    Sementara itu, Amirudin berkata insentif Rekod Hasil Negeri itu juga dipanjangkan kepada pemimpin masyarakat, pegawai perhubungan kampung, ketua komuniti India, Penyelia Wanita Berdaya dan Penggerak Belia Selangor dengan bayaran setengah bulan elaun ataupun minimum RM500.

    "Petugas masjid pula akan menerima RM500 yang akan disumbangkan melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).

    "Sebagai penghargaan kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri Selangor seperti anggota polis, tentera, guru dan jururawat, kerajaan negeri turut akan menyumbang sebanyak RM250 kepada mereka dengan gaji pokok RM3,000 dan ke bawah," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah