31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Selamat hari lahir daddy’- Yana Najib

    Shopee Sale

    Anak kepada bekas perdana menteri, Najib Razak, Nooryana Najwa atau Yana menzahirkan ucapan ulang tahun kelahiran buat bapanya yang kini berusia 73 tahun menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

    Dalam hantaran itu, Yana, 38, menyifatkan bapanya sebagai seorang yang tabah menghadapi pelbagai ujian kehidupan, selain mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan, termasuk prosedur rawatan jantung yang bakal dijalani nanti.

    Menurut Yana, walaupun sedang berdepan cabaran kesihatan, semangat, kemurahan hati dan keyakinan bapanya masih kekal utuh.

    "Sesungguhnya bersama kesabaran, akan datang kekuatan.

    "Saya akan sentiasa menjadi penyokong terbesar (daddy). Kita akan terus saling menguatkan, tidak pernah berputus asa dan tidak pernah melepaskan impian bahawa suatu hari nanti kita akan disatukan semula dengan penuh kasih sayang, gelak tawa dan saat-saat indah," tulisnya.

    Yana turut memanjatkan doa agar Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada bapanya, mempermudahkan segala urusannya serta sentiasa melimpahkan rahmat dan perlindungan.

    MENARIK:  Seorang Adun Bersatu digugurkan dari jawatan exco Perlis

    Hantaran itu diakhiri dengan ucapan, "Selamat Hari Jadi, Daddy. Kami sentiasa menyayangi Daddy."

    Najib kini sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan bersalah dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

    Sebelum ini, isteri Najib, Rosmah Mansor, memaklumkan bekas perdana menteri itu dijadual menjalani satu prosedur perubatan bagi membuang plak yang dikesan berhampiran saluran darah.

    Rosmah berkata, keluarga mereka amat menghargai keprihatinan serta doa yang dizahirkan oleh sahabat handai, rakan-rakan dan penyokong Najib susulan keadaan kesihatannya.

    Menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu lalu, Rosmah turut memohon orang ramai agar terus mendoakan supaya segala urusan serta prosedur perubatan yang bakal dijalani suaminya dipermudahkan dan berjalan lancar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah