31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tak mudah, langkah ke Linggi keputusan politik’ – Aminuddin

    Shopee Sale

    Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Aminuddin Harun mempertahankan keputusannya berpindah ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi sebagai percaturan politik untuk membantu gabungan itu memperoleh kemenangan lebih selesa.

    Aminuddin, yang sebelum ini dilihat berada dalam kem Rafizi Ramli ketika pengundian PKR, berkata dia tidak bimbang sekiranya ada pihak menganggap langkah mencabar kubu kuat BN itu sebagai usaha menamatkan karier politiknya.

    Menteri besar sementara Negeri Sembilan itu menjelaskan keputusan berkenaan bukan arahan pucuk pimpinan, sebaliknya dibuat atas kehendaknya sendiri meskipun sebelum ini menyandang DUN Sikamat.

    "Ini bukan arahan tetapi saya yang menawarkan diri, saya ditanya oleh pimpinan dua tiga kali betul kamu nak ke Linggi, saya katakan ini saya telah buat keputusan.

    "Isunya bukan kem mana, kem A ke, kem B camp ataupun kem Rafizi, tetapi bagi saya yang penting adalah pastikan bahawa Pakatan Harapan menang pada pilihan raya kali ini," katanya pada sidang media di Port Dickson hari ini.

    Linggi merupakan satu dari lima DUN di bawah parlimen Port Dickson yang kini diwakili Aminuddin di peringkat persekutuan.

    Kerusi itu dimenangi calon BN Mohd Faizal Ramli pada pilihan raya negeri 2023 selepas menewaskan calon PN Zambri Mat Said.

    PH tidak bertanding di Linggi ketika itu berikutan kerjasama pilihan raya dengan BN susulan pembentukan kerajaan persekutuan Madani.

    Kali terakhir PH bertanding di Linggi adalah pada pilihan raya umum 2018 apabila gabungan itu menduduki tempat kedua.

    MENARIK:  GISBH: Pandangan hukum ajaran dipersembah kepada Majlis Raja-Raja

    Bagaimanapun, keputusan bagi kawasan mengundi Linggi dalam pertandingan Parlimen Port Dickson pada pilihan raya umum ke-15 menunjukkan sokongan yang agak seimbang.

    PH memperoleh 36 peratus undi, diikuti BN dengan 33 peratus dan PN sebanyak 29 peratus.

    Pada pilihan raya negeri 2023, ketika BN dan PH bekerjasama, Umno memenangi Linggi dengan 55 peratus undi manakala PN memperoleh 45 peratus.

    Peningkatan sokongan terhadap PN dipercayai turut didorong undi protes penyokong Umno yang tidak selesa dengan kerjasama BN-PH.

    Mengulas lanjut, Aminuddin berkata perpindahannya ke Linggi juga bertujuan membantu PH memperoleh jumlah kerusi mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri yang stabil.

    "Kita perlukan jumlah kerusi yang lebih selesa untuk kita menjadi kerajaan yang stabil dan saya yakin bahawa dengan perpindahan saya akan memberi impak satu persaingan yang hebat di Linggi.

    "Bukan mudah untuk saya buat keputusan, saya telah berfikir, saya telah melihat suasana, dan keupayaan untuk saya bergerak, bukan mudah untuk saya turun padang balik semula untuk menjalankan aktiviti rumah ke rumah berjumpa dan memastikan bahawa saya dapat bertemu lebih banyak pengundi.

    "Pertamanya keputusan politik, keduanya adalah keputusan untuk memastikan bahawa Linggi dapat kita bangunkan sebagai satu kawasan yang lebih hebat selepas ini," katanya lagi.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah