28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Seorang Adun Bersatu digugurkan dari jawatan exco Perlis

    Shopee Sale

    Seorang Adun Bersatu Perlis digugurkan daripada jawatan exco kerajaan negeri itu dan tempatnya digantikan dengan Adun PAS.

    Wan Zikri Afthar Ishak yang mewakili kawasan Tambun Tulang sebelum ini diberikan kepercayaan menjaga portfolio pembangunan belia dan kemajuan sukan; pembangunan IKS dan wilayah ekonomi baru; dan pemerkasaan usahawan dan ekonomi kreatif.

    Bagaimanapun tugas itu kini bakal diteruskan oleh Adun dari PAS.

    Malaysiakini difahamkan jawatan yang dikosongkan Wan Zikri itu bakal diisi Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

    Wan Zikri ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun dia belum mengulas lanjut mengenainya.

    MENARIK:  Amanah ingatkan Anwar waspada permainan politik Amerika, Trump

    "Ya," katanya ringkas melalui aplikasi WhatsApp ketika ditanya mengenai perkara itu.

    Malaysiakini turut menghubungi Pengerusi Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah yang kemudian memaklumkan dia sedang berada di istana Perlis.

    Ketika PN membentuk kerajaan Perlis selepas PRU 2022 lalu, Bersatu diberikan tiga kerusi untuk jawatan exco.

    Selain Wan Zikri, dua lagi Adun dari parti itu yang diberikan tempat dalam YB Izizam Ibrahim (DUN Titi Tinggi) dan Megat Hashirat Hassan (Pauh).

    PAS pula memiliki lima wakil termasuk Mohd Shukri Ramli yang juga menteri besar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah