31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Seks suka sama suka’ tetap rogol bawah umur – Azalina

    Shopee Sale

    Kerajaan masih berpegang kepada standard antarabangsa berkaitan kes rogol terutama membabitkan golongan bawah umur.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pandangan dikemukakan Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berhubung perkara itu bersifat peribadi.

    “Pada saya setakat ini kita pegang pada standard antarabangsa iaitu rogol statutori ialah rogol statutori.

    “Saya rasa kita tak akan berganjak daripada perkara itu setakat ini,” katanya.

    Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat.

    Azalina berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi Dialog Awam Tribunal Antibuli peringkat Melaka dan Negeri Sembilan di Auditorium Masjid Al-Azim di Melaka hari ini.

    Semalam, Mohd Yusoff mencadangkan satu perbincangan diadakan mengenai isu kes rogol “suka sama suka” supaya tindakan diambil kepada kedua-dua pasangan terbabit dan bukan hanya terhadap pihak lelaki.

    MENARIK:  Hak bicara adil Yong kes rogol terjejas? Peguam persoal penggunaan Seksyen 265A

    Azalina bagaimanapun berkata sebarang cadangan berkaitan penambahbaikan undang-undang boleh dikemukakan kepada Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Jenayah (CLRC).

    Dalam pada itu, Azalina memberi bayangan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) akan mengadakan sesi dialog awam dengan kanak-kanak bagi mendapatkan maklum balas golongan itu dalam merangka Akta Antibuli yang dijangka dibentangkan hujung tahun ini di Parlimen.

    “Mungkin kita akan buat bersama-sama Pesuruhjaya Kanak-kanak… kita panggil kanak-kanak, biar kita bercakap dan tanya pendapat mereka sebab undang-undang ini melibatkan mereka.

    “Mungkin mereka pun ada pandangan, cadangan atau kritikan sebab hari ini, anak-anak begitu bijak, peka terhadap media sosial dan sebagainya.

    “Mungkin mereka akan memberi kita maklumat yang kita tidak sedar sebagai orang dewasa,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah