27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Satu kematian, 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan – Dzulkefly

    Shopee Sale

    Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad mendedahkan sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas telah dilaporkan setakat tahun 2026, termasuk satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak.

    Sehubungan itu, Dzulkefly mengingatkan orang ramai agar lebih peka dan waspada terhadap fenomena cuaca panas melampau yang sedang melanda negara.

    Dzulkefly Ahmad

    "Setakat tahun 2026 ini, sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas telah dilaporkan, termasuk satu kes kematian yang sangat menyedihkan melibatkan seorang kanak-kanak.

    "Sila awasi tanda-tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga yang luar biasa, dan suhu badan yang semakin meningkat," katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

    Mengulas lanjut, Dzulkefly menasihatkan individu yang mengalami gejala awal tersebut agar segera mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan komplikasi lebih serius.

    Dia menyarankan orang ramai untuk mencari tempat berteduh, meningkatkan pengambilan air kosong, serta menyejukkan badan dengan kadar segera.

    "Paling penting, jangan sesekali tinggalkan anak-anak atau sesiapa sahaja di dalam kenderaan tanpa pengawasan walaupun untuk seminit," tegasnya lagi.

    MENARIK:  Guan Eng fail saman fitnah terhadap Zuraida

    Tambah Dzulkefly, pencegahan awal adalah kunci utama bagi melindungi diri dan keluarga daripada risiko penyakit akibat haba.

    Berdasarkan situasi semasa, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk panduan kesihatan dan kekal terhidrat sepanjang tempoh cuaca panas ini.

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan status cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius.

    Selain itu, sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga) termasuk di seluruh Perlis serta kawasan Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah.

    Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Timur Laut (Pulau Pinang), Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) dan Rembau (Negeri Sembilan).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah