34 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saravanan: Adakah ziarah rakan mati pun kena minta izin Jakim?

    Shopee Sale

    Timbalan Presiden MIC, M Saravanan, mengkritik cadangan garis panduan baharu bagi umat Islam untuk menghadiri acara bukan Islam, termasuk majlis pengebumian.

    Ini susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Na’im Mokhtar, yang menyatakan bahawa penganjur acara antara agama perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan.

    "Adakah menteri mengatakan setiap kali ada kematian seorang bukan Islam, rakan Muslim perlu mendapatkan kelulusan sebelum menghadiri upacara pengebumian?

    "Apabila seseorang meninggal dunia, adakah kita perlu meminta kebenaran Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) sebelum membenarkan umat Islam memberikan penghormatan terakhir?

    "Memandangkan tanah perkuburan Islam terletak bersebelahan dengan krematorium bukan Islam di Klang, adakah kita perlu membakar semua jenazah di luar bangunan majlis perbandaran sebagai gantinya," soalnya pada satu kenyataan hari ini.

    Dia juga menyoal sama ada kelulusan Jakim diperlukan atau tidak sekiranya bukan Islam mahu menjemput rakan Muslim ke majlis perkahwinan.

    MENARIK:  Motac batal lesen Emraz lepas dakwaan penipuan pakej umrah

    Dalam jawapan bertulis di parlimen semalam, Na’im mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan garis panduan baru bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam.

    Garis panduan tersebut termasuk syarat mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa agama jika acara itu melibatkan umat Islam, serta memastikan acara tersebut tidak mengandungi unsur yang boleh menyinggung sensitiviti umat Islam.

    Antara unsur yang boleh menyinggung sensitiviti umat Islam termasuk ucapan dan lagu berkaitan agama; risalah agama, persembahan atau ucapan yang menghina Islam; penganjuran acara ketika waktu solat umat Islam; lokasi acara yang berdekatan dengan surau, masjid, tanah perkuburan Islam atau tanah wakaf; serta premis yang mengandungi simbol agama bukan Islam.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah