24.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pegawai kanan ditahan SPRM: Kada beri kerjasama penuh

    Shopee Sale

    Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) akan memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan seorang pegawai kanan Kada kerana disyaki membuat tuntutan palsu sejak tahun lepas.

    Pengerusinya, Muhammad Husain berkata susulan itu, Kada memberi kepercayaan penuh kepada pihak SPRM untuk menjalankan siasatan yang telus dan terperinci berkenaan kes itu.

    Beliau berkata pihaknya memberi sokongan padu kepada SPRM selaras dengan misi dan visi mewujudkan wajah baru Kada serta meningkatkan mutu perkhidmatan khususnya kepada para petani.

    “Saya turut dimaklumkan bahawa pegawai kanan berkenaan telah dibawa ke Mahkamah Kota Bharu hari ini bagi mendapatkan perintah reman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  PM kesal langkah bawa rakyat Palestin untuk rawatan dikritik

    Semalam, SPRM Kelantan menahan seorang pegawai kanan Kada berumur 40-an selepas diambil keterangan di pejabat SPRM negeri berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah