26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, August 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sambut seruan ‘penjimatan’ PM, Amanah gesa pilihan raya serentak

    Shopee Sale

    Kerajaan Perpaduan dicadang mempertimbangkan pelaksanaan pilihan raya umum ke-16 (PRU16) secara serentak melibatkan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menjimatkan kos serta mengurangkan ketidaktentuan politik.

    Anggota Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat berkata sekiranya PRU16 dirancang secara strategik, pilihan raya parlimen dan beberapa negeri termasuk Melaka serta Johor boleh dipertimbang diadakan lebih awal dan secara serentak.

    Bekas speaker Johor itu berkata, pendekatan itu mempunyai beberapa kelebihan antaranya penjimatan kos yang besar.

    “(Ini akan) mengurangkan keletihan politik akibat pilihan raya yang kerap dan memberikan mandat yang lebih jelas dan stabil kepada kerajaan di semua peringkat untuk memberi tumpuan kepada pengurusan ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

    Dia berkata demikian sebagai menyambut baik saranan Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar kerajaan dan seluruh negara mengambil pendekatan berhemah serta melakukan penjimatan bagi menghadapi kemungkinan kesukaran ekonomi akibat ketidaktentuan geopolitik dunia, khususnya konflik yang melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran.

    Semalam Anwar mengumumkan tiada penganjuran rumah terbuka Aidilfitri untuk agensi kerajaan sebagai langkah penjimatan mendepani kesan konflik Asia Barat bagi memastikan kerajaan tidak terjebak dengan keadaan yang lebih parah ataupun memberi kesan kepada ekonomi negara.

    MENARIK:  Kerajaan lemah, tak berpakat sebab tiada grup WhatsApp - Sanusi

    Suhaizan berkata, dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, negara memerlukan kestabilan politik, disiplin fiskal dan peranancangan strategik agar kita lebih bersedia menghadapi sebarang kesan daripada krisis global.

    “Saya percaya cadangan ini wajar dipertimbangkan secara serius demi kepentingan negara dan rakyat,” katanya yang juga pengarah Pembangunan Sumber Manusia Amanah serta naib pengerusi Amanah Johor.

    Pilihan raya negeri (PRN) Melaka yang sebelum ini diadakan pada 20 November 2021 akan tampah tempoh penggalnya pada penghujung tahun ini.

    Bagi negeri Johor pula, tempoh penggal ini akan berakhir pada Mac tahun depan selepas PRN terakhir pada Mac 2022.

    Dua minggu lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berkata mereka bersedia sekiranya PRU16 diadakan lebih awal, termasuk kemungkinan dilaksanakan serentak dengan Melaka dan Johor.

    Badan itu juga berpendapat ia langkah terbaik bagi “menjimatkan kos mencecah puluhan juta ringgit”.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah