26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saksi pendakwaan tak hadir lagi, aktivis dilepas tanpa dibebaskan

    Shopee Sale

    Selepas enam saksi pendakwaan gagal hadir, Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan bekas aktivis pelajar, Wong Yan Ke dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) atas pertuduhan mengingkari perintah polis apabila merakam serbuan anggota keselamatan itu empat tahun lalu.

    Wong memberitahu Malaysiakini timbalan pendakwa raya Asmaa' Zamri memohon DNAA, yang membolehkan dia didakwa semula pada masa depan.

    Bekas presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) itu berkata dia sedang mempertimbangkan untuk memfailkan rayuan bagi mendapatkan pembebasan penuh.

    Wong yang ternyata kecewa berkata ketiadaan saksi pendakwaan bukanlah isu baru kerana perkara itu juga pernah berlaku sebelum ini.

    “Saksi ini adalah penjawat awam, bukan rakyat biasa. Mereka sepatutnya mempunyai masa untuk hadir di mahkamah dan diwajibkan untuk berbuat demikian,” katanya sambil menambah terdapat sikap ‘tidak acuh’ yang menyebabkan perkara itu berlarutan.

    "Saya mahu diselesaikan supaya orang ramai boleh (dibenarkan) merakam (serbuan) polis dan melindungi keselamatan diri mereka," katanya.

    Wong ditahan pada 7 Nov 2020, apabila dia menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam serbuan anggota polis ke rumah penggantinya, Yap Wen Qing berikutan siasatan terhadap artikel Umany mengenai perananan Yang di-Pertuan Agong.

    MENARIK:  Masters China: Tang Jie-Ee Wei 'pecah' Tembok Besar untuk mara ke final

    Bagaimanapun, pada Oktober 2023, Mahkamah Majistret mengarahkan Wong diberikan DNAA selepas pihak pendakwaan gagal mengemukakan mana-mana daripada lima saksinya di mahkamah.

    Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudiannya meminta keputusan itu dikaji semula dan mengembalikan semula kes itu ke mahkamah majistret untuk dibicarakan.

    Pada 31 Mei tahun ini, Wong yang juga timbalan pengerusi Bersih memohon kes itu digugurkan, tetapi permohonannya ditolak oleh majistret.

    Pada mulanya, dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang penjawat awam) tetapi kemudiannya ditukar kepada Seksyen 188 (mengingkari perintah yang diisytiharkan penjawat awam).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah