Pelakon dan usahawan, Atikah Suhaimie tampil berkongsi bahawa setiap amalan kebaikan tidak akan sia-sia, sebaliknya pasti akan dibalas dengan ganjaran pada waktu yang tepat.
Artikel Berkaitan: ‘Sedih Orang Cakap Kita Red Flag Sebab Tak Ada Kawan’ – Atikah Suhaimie
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Nak Isteri Tak Membebel.. Cari Yang Kerja Live Host’ – Atikah Suhaimie
Perlu sabar

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu meluahkan persoalan tentang mengapa semakin dia menjaga amal ibadat, semakin banyak ujian yang hadir dalam hidupnya.
Kenapa makin jaga solat, mengaji, dan zikir semua itu, makin banyak Allah bagi ujian?
Bagaimanapun, hantaran tersebut menarik perhatian Atikah Suhaimie atau nama penuhnya Nur Atikah Mohd Suhaimie, 35, yang mengakui bahawa dahulu dia juga beranggapan setiap balasan akan datang dalam masa terdekat.
Tak lama lagi, awak akan dapat reward.
Dahulu saya pun fikir macam itu.
Selepas itu sampai sekarang jaga solat, mengaji dan zikir.
Alhamdullilah, Allah tak henti-henti bagi rezeki.
Dalam masa sama, pelakon kelahiran Singapura itu berpandangan bahawa adakalanya rezeki hadir sedikit lambat sebagai ujian kesabaran, namun apabila tiba waktunya, segala yang diterima terasa begitu indah.
Cuma kena sabarlah.
Lambat sikit dapatnya.
Tapi bila dah dapat, memang indah.
Sumber: Threads
The post ‘Jaga Solat, Mengaji & Zikir.. Alhamdulillah Tak Henti-Henti Allah Bagi Rezeki’ – Atikah Suhaimie first appeared on OHBULAN!.





