29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 20, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saifuddin belum putuskan tanding pemilihan PKR

    Shopee Sale

    Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail belum memutuskan sama ada akan bertanding dalam pengundian Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Mei depan atau sebaliknya.

    Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) itu berkata beliau akan mengumumkan sebarang keputusan mengenai perkara itu pada waktu yang sesuai.

    “Belum setakat ini. Kalau ada saya akan buat sidang media khas,” katanya ringkas ditanya sama ada akan bertanding dalam pengundian parti yang akan datang.

    Sebelum ini, PKR memutuskan pengundian bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti berkenaan akan dilaksanakan pada 24 Mei.

    MENARIK:  Majlis Bandaraya Copenhagen luluskan nama Palestine Square

    Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh berkata pengundian bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April.

    Saifuddin Nasution yang juga Menteri Dalam Negeri ditemui pemberita selepas meninjau premis memproses sisa elektronik haram di Teluk Panglima Garang di Banting, hari ini yang menemukan hampir 50 tan kelongsong dan anak peluru serta peluru hidup ketika serbuan Op Hazard pada 15 Feb.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah