30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RUU PSB perlu lebih jelas, kerajaan digesa perincikan prinsip asas

    Shopee Sale

    Kumpulan penduduk Kuala Lumpur, KL Residents Action for Sustainable Development (KLRA+SD), menggesa kerajaan memperincikan prinsip asas serta langkah perlindungan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang disifatkan masih longgar dan terlalu terbuka.

    Dalam kenyataan hari ini, kumpulan itu berkata penjelasan jelas perlu dimasukkan terus dalam peruntukan RUU bagi mencerminkan prinsip panduan dan semangat sebenar akta tersebut.

    Menurut mereka, kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berhubung keutamaan diberikan kepada usaha menghidupkan semula serta meremajakan kawasan sebelum pembangunan semula, tidak dicerminkan dalam teks RUU sedia ada.

    “Jaminan lisan mempunyai keterbatasan, mudah ditafsirkan secara berbeza dan boleh berubah bergantung kepada siapa yang memegang jawatan. Tambahan pula, kuasa yang terlalu tertumpu pada menteri tanpa semak dan imbang serta mekanisme akauntabiliti awam menimbulkan kebimbangan,” katanya.

    MENARIK:  'Taat setia saya pada raja berperlembagaan jangan dipersoal'

    KLRA+SD turut menegaskan bahawa proses mendapatkan persetujuan tidak wajar diserahkan kepada pemaju kerana wujud konflik kepentingan, selain mendakwa masih wujud taktik meragukan yang memaksa atau memujuk penduduk bersetuju tanpa maklumat mencukupi.

    Bagi mengurangkan subjektiviti, kumpulan itu mencadangkan supaya kerangka proses pembaharuan semula bandar didedahkan kepada umum agar penduduk dapat memberi maklum balas kepada Ahli Parlimen sebelum RUU itu dibahaskan semula.

    Nga sebelum ini berkata penting bagi membangunkan semula sesuatu kawasan dan menyokong agenda pembangunan mampan negara. Namun, selepas menerima bantahan, kerajaan menangguhkan perbahasan RUU tersebut ke sidang Dewan Rakyat Oktober depan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah