29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RUU Perlembagaan (Pindaan) diluluskan di Dewan Rakyat

    Shopee Sale

    Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 bagi membolehkan kerajaan mengembalikan dan menguatkuasakan semula Akta Perkhidmatan Parlimen.

    Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul mengumumkan perkara itu selepas undi belah bahagi dilakukan. 

    Pindaan RUU itu diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen menerusi undian belah bahagian, dengan 148 undi menyokong, lima puluh tujuh tidak mengundi dan 17 tidak hadir.

    Sebelum itu, RUU berkenaan dibahaskan oleh 18 anggota parlimen kerajaan dan pembangkang. 

    RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 sebelum ini dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said pada minggu lalu, diikuti pembentangan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025.

    RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 bertujuan meminda Perlembagaan Persekutuan antaranya meminda Perkara 56 dan Perkara 57 dengan memasukkan Fasal baharu (5A).

    MENARIK:  Pakar arkeologi Zuraina Majid dinobat Tokoh Akademik Negara

    Fasal itu menyatakan seseorang yang dipilih menjadi yang dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat atau timbalan yang dipertua tidak hilang kelayakan memegang jawatan itu oleh sebab keahliannya dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen yang ditubuhkan bawah undang-undang Persekutuan, dengan syarat ahli yang dipilih berkenaan tidak menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.

    RUU itu juga bertujuan meminda Perkara 65 Perlembagaan Persekutuan untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan setiausaha Dewan Negara dan setiausaha Dewan Rakyat oleh Yang di-Pertuan Agong yang boleh dilantik dalam kalangan atau bukan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah