26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ribut petir, hujan lebat diramal landa negara hingga 5 petang

    Shopee Sale

    Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan selain seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya, kawasan terlibat di Selangor terdiri daripada sekitar Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

    Di Kedah ia melibatkan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

    Turut terlibat ialah Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai), Terengganu (Besut dan Kemaman).

    MENARIK:  Saifuddin nafi Zakir Naik dapat kewarganegaraan

    Keadaan sama dijangka melanda Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Kuantan, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau) dan di Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

    Di Sarawak kawasan yang terlibat ialah Kuching, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis, Miri dan Marudi).

    Sementara itu di Sabah melibatkan pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah