25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rempuhan tiga kenderaan di Kota Tinggi: Pemandu maut, seorang lagi parah

    Shopee Sale

    Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 60 Jalan Johor Bahru-Mersing di Kota Tinggi malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian membabitkan kereta Honda Stream, lori Hino dan Toyota Hilux berkenaan pada 11.55 malam tadi.

    Beliau berkata hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Honda Stream dari arah Mersing ke Kota Tinggi hilang kawalan dan bergesel pada bahagian kanan lori, dan kemudiannya terlanggar Toyota Hilux dari arah bertentangan.

    MENARIK:  Batal lesen agensi pelancongan salah guna visa pelancong untuk ibadah haji

    “Akibat kemalangan itu, pemandu kereta yang berusia 34 tahun itu mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang kereta itu pula cedera ringan.

    “Pemandu Toyota Hilux yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala sedang menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Yusof berkata kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah