33.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Reman pelajar U disyaki hina Islam disambung tiga hari lagi

    Shopee Sale

    Reman terhadap seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang disyaki memuat naik dan menyebarkan kandungan menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) menerusi media sosial disambung tiga hari lagi.

    Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata tempoh reman lelaki berusia 21 tahun itu – yang tamat hari ini – disambung hingga 3 Mac depan selepas menerima arahan daripada timbalan pendakwa raya (TPR) agar beberapa tindakan lagi diambil untuk melengkapkan siasatan.

    “Polis turut merampas senaskah al-Quran yang dipercayai digunakan pelajar itu,” katanya ketika dihubungi.

    Semalam, Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan kes itu dan merujuknya kepada TPR.

    MENARIK:  Mat Hasan ke AS, hadir mesyuarat mineral kritikal

    Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

    Sementara itu sehingga semalam polis menerima 28 laporan di seluruh negara mengenai kes berkenaan.

    Pada 25 Feb lalu seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial.

    Sebelum itu tular gambar kaki seorang lelaki dewasa memijak al-Quran dan tangkap layar hantaran individu didakwa penuntut UMPSA itu di media sosial.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah