Pelakon, Izara Aishah mengakui kesilapannya menegur pasukan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora secara terbuka di laman sosial berhubung dakwaan kurang beradab dan bersikap sombong.
Artikel Berkaitan: Izara Aishah Sudah 10 Tahun Tak Bersilat, Kembali Berlatih Demi Watak Puteri Walinong Sari
Mohon maaf

Izara atau nama lengkapnya Izara Aishah Hisham, 34, berkata, dia menyedari teguran yang dibuat sebelum ini turut mencerminkan kekurangan adab dirinya sendiri. Justeru, dia mengambil kesempatan untuk memohon maaf.
Dengan itu, saya mohon maaf atas adab saya yang tidak sempurna menegur secara terbuka sehingga mungkin mencetus kesedihan atau lebih teruk mengganggu mentalmu Lesti.
Sedar ini adalah dosa daripada saya terhadap kamu kerana aku teringat sesungguhnya bila menegur seseorang itu sampai rasa tersinggung adalah lebih besar daripada kesalahan individu yang ditegur. Harap satu hari kamu akan memaafkan insya-Allah.
Dalam masa sama, Izara turut menjelaskan sebab dia memadam kenyataannya sebelum ini kerana mendapati perkara itu menimbulkan pelbagai salah faham sehingga mengheret pihak lain yang tidak berkaitan.
Mengapa saya padam kenyataan peribadi saya tentang team Lesti? Kerana sudah terlalu banyak yang salah faham dan juga terkait dengan pihak yang tidak berkaitan.
Tegur adab orang tetapi lupa adab sendiri apabila menaip di media sosial. Terus terlupa adab itu bukan sahaja daripada perbuatan bila berdepan dengan seseorang tetapi juga adab di media sosial.
Sebelum ini, Izara menerusi hantaran di Threads mendakwa pasukan Lesti bersikap kurang mesra dan memilih individu tertentu untuk bertegur sapa ketika Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza, Sabtu lalu.
Untuk rekod, Lesti merupakan antara artis jemputan yang membuat persembahan pada Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sumber: Threads
The post Izara Aishah Mohon Maaf Kepada Lesti Kejora first appeared on OHBULAN!.





