Pelakon Ruhainies mengambil tindakan menerusi saluran undang-undang berhubung isu yang tidak diperincikan namun dipercayai berkaitan imej dan kerjayanya sebagai pelakon.
Artikel Berkaitan: Ruhainies Mahu Dikenali Dengan Bakat Lakonan, Akui Kontroversi Beri Kesan Pada Karier – ‘Jangan Campur Aduk Dengan Isu Peribadi’
Artikel Berkaitan: ‘Demi Reputasi Saya..’ – Ruhainies Pertahankan Diri, Saling Berbalah Dengan Sarah Yasmine Di Threads
Tindakan undang-undang

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, menegaskan bahawa dia memandang serius isu yang sedang dihadapinya.
Tambah pelakon berusia 34 tahun itu, dia akan tetap dengan pendiriannya untuk memastikan pihak yang terlibat dikenakan tindakan sewajarnya.
Saya telah pun mengambil tindakan tegas melalui saluran undang-undang.
Kali ini, saya akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang terlibat dan memastikan perkara ini ditangani dengan serius sehingga ke akhirnya.
Saya memandang serius perkara ini. Saya akan tetap dengan pendirian dan mengambil segala tindakan yang perlu.
Saya tidak akan berundur selagi tindakan sewajarnya belum diambil dan keadilan ditegakkan.
Bagaimanapun, Ruhainies tidak memperincikan isu yang mendorongnya mengambil tindakan undang-undang atau pihak yang dimaksudkan dalam perkongsian tersebut.
Sumber: Threads
The post Ruhainies Nekad Ambil Tindakan Undang-Undang, Enggan Mengalah Demi Keadilan first appeared on OHBULAN!.





