Pelakon Zul Ariffin akui tidak kisah untuk mengulangi babak lakonan berkali-kali di set penggambaran demi memastikan hasil yang diberikan memenuhi ekspektasi pengarah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zul Ariffin Tak Kejar Anugerah, Tak Tercalon FFM 35 Bukan Isu – ‘Yang Penting Beri Persembahan Terbaik’
Artikel Berkaitan: Prestij Di OTT, Capaian Di TV? Zul Ariffin Lihat Dua Dunia Yang Berbeza
Tak kisah ulang babak sama

Ketika ditemui , Zul, 39, berpendapat setiap pelakon mempunyai tanggungjawab untuk memberikan lakonan terbaik bagi memudahkan pihak produksi menghasilkan karya yang berkualiti untuk tontonan penonton.
Objektif kita sebagai pelakon buat yang terbaik di set.
Mudah untuk pihak produksi menyunting supaya boleh dihidang pada penonton.
Bila kita berlakon, ada orang rasa okey, rasa kurang. Tapi yang penting kita buat saja betul-betul.
Zul berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana Pemuja Syaitan yang berlangsung di KLCC, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Zul menyifatkan dirinya seorang yang agak teliti ketika menjayakan sesuatu babak sehingga sanggup mengulanginya selagi belum berpuas hati dengan hasil lakonan sendiri.
Tambah pelakon utama filem Pemuja Syaitan itu, dia tidak kisah sekiranya perlu melakukan babak yang sama berulang kali walaupun rakan pelakon lain sudah beralih ke babak seterusnya.
Saya jenis kalau tak dapat apa yang saya nak, saya kerut dahi. Orang lain dah pergi ke babak seterusnya, saya masih buat babak yang sama sampai puas.
Sampai hari ini, kalau tak capai pengarah punya ekspektasi, saya tak kisah nak buat babak yang sama berulang kali.
The post [VIDEO] Zul Ariffin Tak Kisah Ulang Babak, Utamakan Hasil Lakonan – ‘Kalau Pengarah Tak Okey, Saya Buat Lagi’ first appeared on OHBULAN!.





