Penyanyi Idayu Yaakob dan Adeep Nahar buat pertama kali bergabung suara menerusi single duet Bercanda Emosi, sebuah lagu R&B dan Urban Malay yang disifatkan Adeep sebagai antara karya paling mencabar pernah dibawakannya.
Artikel Berkaitan: ‘Ada Je Lagu AI Yang Bagus, Cuma Dari Segi Emosi & Rasa Itu Tiada’ – Idayu
Artikel Berkaitan: Idayu Kesal, Dakwa Penganjur Majlis Enggan Tawar Bayaran Setimpal – ‘Saya Bukan Penyanyi Funfair’
Adeep Nahar lagu bukan karaoke

Lebih menarik, lagu terbitan Magic Nova Productions itu mempertemukan dua guru vokal dalam satu karya yang menuntut bukan sahaja kekuatan suara, malah penghayatan emosi dan pemahaman terhadap lirik.
Jujur saya cakap selama menyanyi, lagu Bercanda Emosi paling mencabar dan sangat susah untuk hafal melodi.
Lirik dan pemahaman lagu perlu ditiktikberatkan. Lagu ini bukan untuk karaoke. Penyanyi tidak sama seperti pelakon, untuk mengeksperasikan romantik dalam melodi bersama emosi.
Bila saya dengar Idayu menyanyi, saya tahu dia mahu karakter yang macam mana untuk melengkapkan gabungan ini.
Bercanda Emosi merupakan nukilan komposer Helen Yap bersama penulis lirik SlenFadzil yang mengangkat kisah cinta dan kasih sayang antara pasangan yang melalui momen-momen indah dalam kehidupan mereka.
Ambil masa dua tahun

Menurut Helen yang juga pemilik Magic Nova Productions, lagu berkenaan sememangnya dirancang sebagai sebuah lagu duet dan pemilihan Idayu serta Adeep dibuat berdasarkan kemampuan mereka dalam membawakan genre R&B.
Walaupun proses pembikinan Bercanda Emosi secara keseluruhannya memakan masa dua tahun, saya berpuas hati kerana Idayu, Adeep malah semua yang terlibat memberikan komitmen yang terbaik kepada lagu ini.
Bagi saya, lagu duet bergenre R&B masih kurang dihasilkan di Malaysia kerana ramai komposer dan artis lebih berminat dengan lagu pop dan balada.
Kami cuba mencari kelainan dan berharap Bercanda Emosi akan dapat mewarnai lagi dunia muzik tempatan, selain sesuai juga dinyanyikan di majlis-majlis resepsi perkahwinan.
Proses pembikinan lagu itu mengambil masa hampir dua tahun sejak 2024 berikutan komitmen dan kesibukan Idayu serta Adeep dalam industri hiburan.
Tempoh tersebut turut melibatkan proses menyiapkan video muzik Bercanda Emosi yang diterbitkan Cloudworks Entertainment dan diarahkan Revo Marty.
Penggambaran video muzik berkenaan pula berlangsung di sebuah villa mewah milik pemilik butik barang kemas Rafflesia di Ampang, Selangor.
Sementara itu, SlenFadzil mendedahkan lirik lagu berkenaan dihasilkan sepenuhnya ketika berada di kota Paris, Perancis, bagi menyaksikan temasya Sukan Olimpik 2024.
Saya mengambil masa yang lama untuk menulis lirik lagu ini kerana susunan muziknya agak tricky dan complicated.
Namun idea sepenuhnya terhasil apabila saya berada di kota Paris dan terus menghantar teks liriknya kepada Helen di Kuala Lumpur kerana menyedari masa begitu suntuk untuk proses rakaman.
Helen dan SlenFadzil sebelum ini pernah bergabung menghasilkan beberapa lagu seperti Kembalikan Indah untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza serta Sinar Mata Hati dan Gelita untuk Ernie Zakri.
Bercanda Emosi dirakamkan di Studio 21:05, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur oleh jurutera muzik JD Wong, manakala proses mastering dilakukan CL Toh.
Susunan muzik pula dikendalikan sepenuhnya oleh Helen Yap dengan penglibatan Jamie Wilson sebagai gitaris dan Bomb Dragon bagi kesan beats.
Bercanda Emosi bakal dipasarkan di semua platform digital popular mulai 21 Oktober ini.
The post Idayu Yaakob & Adeep Nahar Bergabung Suara Menerusi Bercanda Emosi, Gabungan Dua Guru Vokal first appeared on OHBULAN!.





