29 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Remaja 14 tahun menyamar sebagai ‘doktor’ Hospital Serdang

    Shopee Sale

    Polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyiasat dakwaan seorang remaja 14 tahun tahun yang didakwa menyamar sebagai kakitangan Hospital Serdang, Kajang.

    Dia dilapor telah ‘bertugas’ di hospital awam itu selama seminggu.

    Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan berdasarkan laporan polis yang dibuat di Balai Dato Abu Bakar Baginda, Kajang.

    Seorang pegawai hospital memberitahu Malaysiakini bahawa dia menyamar sebagai doktor. 

    Polis bagaimanapun berkata dia hanya menyamar sebagai kakitangan biasa.

    Setakat laporan ini ditulis, tidak banyak maklumat berkaitan kes itu tersedia.

    Sementara itu, seorang pegawai kanan KKM memberitahu Malaysiakini mereka tidak akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara itu sekarang kerana siasatan masih berjalan.

    MENARIK:  Asean tinjau potensi tenaga nuklear sebagai sumber tenaga bersih dan stabil

    "Dan KKM tidak mahu mengganggu proses yang masih berjalan," kata pegawai itu yang enggan namanya didedahkan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah