31.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dendam Peribadi Didakwa Jadi Motif Wanita Disimbah Petrol & Dib*kar Hidup-Hidup 

    Shopee Sale

    Seorang wanita didakwa telah disimbah petrol dan dibakar hidup-hidup oleh seorang lelaki di sebuah kedai nombor ramalan di Kepong, Kuala Lumpur dipercayai bermotifkan dendam peribadi.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Jumpa Dalam Keadaan Anak Masih Bernyawa, Esoknya Hanya Nampak Mayat Rentung’

    Motif dendam 

    Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan bahawa suspek mengenali mangsa dan hasil siasatan awal mendapati punca kejadian tersebut adalah kerana dia tidak berpuas hati tentang nombor ramalan.

    Menurut beliau, suspek dan mangsa hanya mengenali satu sama lain namun, tidak mempunyai hubungan yang rapat.

    Sebagai makluman, siasatan setakat ini menunjukkan motif kejadian berpunca daripada dendam peribadi.

    Kes sebegini sangat jarang berlaku, tindakan membakar orang adalah satu kekerasan yang melampau.

    Selepas berjaya menahan suspek, polis sedang melengkapkan siasatan dan mengumpulkan semua bahan bukti.

    Berdasarkan laporan, suspek berusia 59 tahun itu telah ditahan di sekitar Kepong, semalam dan permohonan reman akan dibuat hari ini bagi membantu melengkapkan siasatan.

    MENARIK:  [VIDEO] Apa Sebab Pondok Telefon Tiba-Tiba Muncul di GM Klang?

    Tambah Fadil, sisatan selanjutnya sedang dijalankan untuk mengetahui sama ada suspek mempunyai motif lain atau tidak.

    Sementara itu, mangsa yang cedera kini masih ditidurkan dan dirawat.

    Terdahulu, media melaporkan seorang wanita warga emas melecur 50 peratus selepas disimbah cecair dipercayai petrol dan dibakar di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong pada 9 Ogos lalu.

    Sumber: Harian Metro

    The post Dendam Peribadi Didakwa Jadi Motif Wanita Disimbah Petrol & Dib*kar Hidup-Hidup  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah