Pelakon, Nadhir Nasar menegaskan dia tidak akan meninggalkan dunia drama meskipun kini semakin aktif membintangi filem dan karya untuk platform penstriman seperti over-the-top (OTT).
Artikel Berkaitan: Nadhir Nasar Belum Fikir Soal Kahwin, Utamakan Jaga Ibu Bapa – ‘Alhamdulillah, Boleh Jaga Mak Dulu’
Drama di hati

Nadhir, 30, berkata, drama tetap mempunyai tempat istimewa dalam perjalanan kariernya kerana medium itu menjadi ruang untuk mengasah kemahiran lakonan sebelum dibawa ke layar lebih besar.
Saya tidak akan tinggalkan drama. Saya suka berlakon drama kerana bagi saya, itu antara tempat untuk mengasah lagi bakat lakonan sebelum dibawa ke filem dan skrin besar.
Saya seronok buat drama dan paling saya suka apabila dapat melihat ibu menonton lakonan saya di kaca televisyen.
Ramai juga peminat yang masih mengikuti drama saya. Bagi saya, drama sangat penting kerana masih ada makcik-makcik yang suka tengok drama saya.
Nadhir berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem CHELOT di GSC Cinema, IOI City Mall, Putrajaya, Selasa lalu.
Mengulas mengenai kecenderungan sesetengah pelakon baharu yang lebih memilih filem atau OTT, Nadhir menyifatkan perkara itu sebagai pilihan peribadi yang bergantung kepada rezeki masing-masing.
Bagi saya, pilihan masing-masing dan semuanya bergantung kepada rezeki. Saya masih terbuka untuk buat drama, filem atau OTT kalau naskhah itu bagus dan kena dengan diri saya.
Kalau sekadar mahu buat filem tetapi karakter itu tidak sesuai dengan kita, untuk apa? Ada ramai pelakon di luar sana yang mungkin boleh membawakan karakter itu dengan lebih baik.
Jadi, saya rasa setiap orang ada pilihan dan rezeki masing-masing untuk menentukan di mana mereka mahu berada.
Selain Nadhir, filem Chelot arahan Adrian Teh turut menampilkan Beto Kusyairy, Shaheizy Sam, Shukri Yahaya, Alicia Amin dan Azhan Rani.
Mengangkat kisah berkaitan kepolisan, kod rahsia serta sindiket penyeludupan senjata, filem aksi berkenaan bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 27 Ogos ini.
The post Aktif Berlakon Filem, Drama Tetap Di Hati Nadhir Nasar – ‘Makcik-Makcik Suka Tengok Saya’ first appeared on OHBULAN!.





