Angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (Nasa) Anil Menon dan angkasawan Agensi Angkasa Eropah (ESA) Sophie Adenot memulakan aktiviti luar angkasa (EVA) di luar Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) bagi menggantikan antena komunikasi ruang angkasa-ke-bumi, lapor Xinhua.

Menurut Nasa, aktiviti itu bermula pada 8.29 pagi Waktu Timur (1229 GMT) pada Selasa dan masih berlangsung, dengan operasi dijangka mengambil masa kira-kira enam jam setengah.
Antena berkenaan merupakan pautan penting yang digunakan Nasa untuk menghantar data, sekali gus membolehkan komunikasi berkelajuan tinggi antara Pusat Kawalan Misi di Houston dan ISS.
Operasi itu merupakan aktiviti luar kenderaan kedua bagi Menon dan yang pertama bagi Adenot.

Menurut Nasa, ia juga merupakan aktiviti luar kenderaan ke-282 bagi menyokong pemasangan, penyelenggaraan dan penaiktarafan stesen angkasa itu.





