28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada syarat baru warga emas perbaharui lesen memandu – JPJ

    Shopee Sale

    Belum terdapat sebarang ketetapan berhubung warga emas berusia 65 tahun ke atas perlu menjalani penilaian kompetensi dan kesihatan sebelum memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).

    Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata perkara itu masih dalam peranancangan peringkat dasar Kementerian Pengangkutan (MOT).

    Sehubungan itu beliau berkata tiada perubahan dalam proses pembaharuan lesen memandu bagi warga emas dan masih tertakluk kepada syarat JPJ sedia ada.

    "Kita masih benarkan warga emas memandu kenderaan dan tidak mengenakan sebarang syarat atau ujian lain, namun JPJ dan MOT sedang meneliti peranancangan akan datang berkaitan isu ini selepas kajian dan penelitian daripada MOT," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Program MyLesen 2024 JPJ Negeri Perak dekat Teluk Intan hari ini.

    Aedy Fadly berkata demikian bagi mengulas isu kerelevanan pemandu berusia 65 tahun melakukan penilaian kompetensi dan kesihatan sebelum memperbaharui LLM.

    MENARIK:  Polis siasat kekecohan di restoran, penguat kuasa MBI dakwa ditumbuk

    Sementara itu, Program MyLesen peringkat Perak memberi manfaat kepada 2,595 penerima yang terdiri daripada golongan B40 dan belia melibatkan lesen motosikal (Kelas B2) sebanyak 2,500 orang, Lesen Memandu Barangan (GDL) untuk lori (40), Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) (30) dan e-hailing seramai 25 peserta.

    Aedy Fadly selain itu berkata penggunaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 265.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora berjaya mengurangkan risiko kemalangan jalan raya dengan tahap pematuhan had laju dibenarkan didapati mencecah 99 peratus.

    "Statistik kita juga mendapati selepas pemasangan kamera di kedua-dua arah ini tiada lagi berlakunya kemalangan dan terus menjadi sifar apabila orang ramai patuh dengan memperlahankan kenderaan mereka," katanya.

    Menurut Aedy Fadly, penguatkuasaan adalah antara cara mendidik orang ramai supaya memandu mengikut had laju ditetapkan bagi mengurangkan kadar kemalangan.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah