29 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ramasamy: Penggal Chow sebagai KM mungkin disingkatkan

    Shopee Sale

    Pengerusi Urimai P Ramasamy mendakwa bahawa kumpulan anti-Chow Kon Yeow dalam DAP Pulau Pinang mungkin menyukarkannya untuk mengekalkan tempoh penggalnya sebagai ketua menteri.

    Ini di sebalik jaminan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke bahawa Chow akan akan kekal memegang jawatan itu sehingga penggalnya berakhir pada 2027.

    “Walaupun jaminan yang diberikan oleh Loke, perkara tersebut mungkin tidak semudah itu untuk Chow.

    “Jika kumpulan anti-Chow berkuasa selepas pilihan raya negeri, adalah sukar bagi Chow untuk mengekalkan kedudukannya sebagai ketua menterinya.

    “Chow tidak harus lupa bahawa mereka yang menentangnya mahu dia disingkirkan sebagai ketua menteri Pulau Pinang,” kata Ramasamy dalam satu kenyataan hari ini.

    Chow mengumumkan awal hari ini bahawa dia tidak akan bertanding pada pengundian parti DAP Pulau Pinang akan datang selepas menerajui parti itu selama 25 tahun.

    Loke kemudian memberi jaminan bahawa sebarang perubahan kepimpinan dalam DAP Pulau Pinang tidak akan menjejaskan tempoh Chow sebagai ketua menteri.

    Chow sebelum ini menyuarakan keraguannya sama ada dia mampu dipilih menganggotai jawatankuasa pusat parti negeri itu pada pengundian akan datang.

    Ramasamy, bagaimanapun, berhujah bahawa Chow sepatutnya bertanding bagi menangkis saingan mereka.

    MENARIK:  RUU Had Tempoh PM gagal: TI-M tuntut dedah nama ahli parlimen ponteng

    “Chow daripada semua orang harus tahu bahawa menang dan kalah adalah sebahagian daripada politik.

    "Prospek kalah tidak sepatutnya menghalang dirinya daripada tidak bertanding dalam pilihan raya negeri," katanya.

    Ramasamy adalah timbalan ketua menteri II Pulau Pinang sebelum dia keluar dari DAP tahun lalu selepas dia dan penyokongnya tidak diletakkan sebagai calon untuk pilihan raya negeri Pulau Pinang.

    Dalam sidang akhbar terakhirnya sebelum keluar DAP, bekas timbalan ketua menteri itu menjadikan “tokong” dalam DAP sebagai sasaran dengan mendakwa mereka yang sealiran dengan Chow dipinggirkan.

    Chow, sebelum ini juga dilaporkan berselisihan dengan Lim Guan Eng.

    Oktober lalu, Chow mendakwa terdapat usaha untuk menjatuhkannya, dakwaan itu ditolak Lim sebagai tidak berasas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah