26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rakyat Perlis perlu fahami akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

    Shopee Sale

    Semua rakyat yang menetap dan bekerja di Perlis termasuk kepimpinan utama dan jentera pentadbiran kerajaan serta asatizah dan pemegang tauliah mengajar agama Islam di negeri itu hendaklah benar-benar memahami pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah hasrat itu adalah selaras dengan Amanat Kedua dalam Titah Tujuh Amanat yang telah dizahirkan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

    "Amanat tersebut antara lain mengingatkan kita bahawa semua jentera pentadbiran di dalam negeri Perlis hendaklah berusaha mengukuh dan memperteguh pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang menjadi pegangan di dalam negeri Perlis.

    "Hendaklah semua yang bertugas dan berada di dalam negeri Perlis diberikan kefahaman yang jelas tentang pegangan Perlis. Sama ada mereka ingin mengamalkan ataupun tidak secara peribadi, itu terpulang kepada setiap individu.

    "Namun, mereka hendaklah diberikan kefahaman yang jelas tentang pegangan Perlis di dalam hal ehwal agama," titah baginda semasa berkenan menutup Simposium Guru Agama dan menyempurnakan Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis Tahun 2024 di Dewan Warisan di Kangar hari ini.

    MENARIK:  The Voice of Hind Rajab: Malaysia catat tontonan ketiga tertinggi di dunia

    Turut hadir Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dan Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

    Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah itulah sikap inklusif negeri Perlis dan Perlis tidak bersikap eksklusif yang mudah menyesatkan aliran berbeza malah Perlis sejak sebelum merdeka berusaha membawa Islam yang bersikap terbuka, luas horizon fikh serta mementingkan dalil dan fakta.

    Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pendidikan, Pembangunan Insan, Industri Halal dan Penerangan Perlis Muhammad Azmir Azizan turut menerima tauliah mengajar pada hari ini.

    Pada majlis penutup dan penganugerahan tauliah itu, Raja Muda Perlis turut berkenan melancarkan buku baharu terbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis iaitu 'Mukadimah Kaedah Fiqhiyyah'.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah