Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming akui dirinya tidak mengutamakan membeli cenderahati setiap kali melancong atau bercuti untuk dibawa pulang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Menangis Kenang Arwah Bapa – ‘Dulu Nak Beli Ubat Tak Ada Duit, RM50 Pun Saya Tak Mampu Nak Bagi’
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Kecewa Dilabel Kapitalis – ‘Bila Usahawan Tempatan Nak Buat Jadi Serba Tak Kena’
Buah tangan ketika bercuti
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Khairul Aming,33, berkata, orang terdekat dengannya sudah memahami bahawa dia tidak akan membawa pulang sebarang cenderahati setiap kali bercuti.
Dalam pada itu, Khairul Aming turut melakukan perkara yang sama terhadap rakan-rakannya dengan tidak meletakkan sebarang harapan untuk menerima cenderahati daripada mereka.
Sejujurnya, kalau saya pergi bercuti saya memang tak beli cenderahati.
Saya malas nak beli. Kalau saya pergi bercuti, kawan-kawan dah tahu saya tidak akan bawa balik apa-apa.
Kalau mereka pergi bercuti pun, saya cakap perkara yang sama. Tak perlu bawa balik cenderahati.
Selain itu, Khairul Aming berharap agar orang ramai tidak berasa terbeban untuk mencari buah tangan semata-mata bimbang ada pihak yang akan berkecil hati.
Jangan stres. Kadang-kadang kesian tengok orang ada yang tertekan nak cari cenderahati sebab takut orang terasa hati.
Sumber: TikTok @Jann
The post [VIDEO] Khairul Aming Pilih Untuk Tak Beli ‘Souvenir’ Ketika Bercuti – ‘Kadang Kesian Tengok Ada Yang Tertekan Nak Cari Cenderahati’ first appeared on OHBULAN!.





