23.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Putra Heights terbakar: 50 rumah rentung

    Shopee Sale

    Lebih 50 buah rumah di Kampung Tengah, Kampung Kenangan dan Kampung Sungai Baru di PUchong terjejas teruk akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights yang menggegarkan negara pagi ini.

    Tinjauan Bernama di sekitar kawasan Kampung Tengah dan Kampung Sungai Baru di Puchong yang berada kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian mendapati kebanyakan rumah banglo dan teres dua tingkat hampir musnah, dan keadaan dalam rumah tidak boleh diduduki sepenuhnya akibat rentung terbakar.

    MENARIK:  AS, Iran hampir meterai perjanjian buka semula Selat Hormuz

    Tingkap pintu dan lantai rumah juga musnah terbakar dan ada rumah yang silingnya dibuat daripada aluminium turut hancur.

    Sementara itu, beberapa kenderaan seperti bas sekolah, kereta dan motosikal juga rentung akibat bahang kebakaran.

    Kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pagi tadi menggemparkan penduduk sekitar dengan ada yang menyifatkannya bagaikan satu bencana gempa bumi yang dahsyat.

    Setakat ini usaha menyelamat dan memadam kebakaran sedang giat dijalankan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah