33.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Puteri Umno yakin rayuan pada ahli akar umbi buahkan hasil

    Shopee Sale

    PRK SG BAKAP | Puteri Umno Pulau Pinang meletakkan keyakinan bahawa gerak kerja kempen mereka khususnya dalam meraih sokongan ahli Umno akar umbi akan membuahkan hasil.

    Ketuanya Ameera Nadia Shafiee berkata Puteri Umno Pulau Pinang tidak menafikan terdapat ahli parti itu yang terkesan dengan suasana politik semasa.

    Justeru katanya Puteri Umno berjaya untuk mengenal pasti golongan terbabit dan turun menyantuni mereka untuk memberi penjelasan dan sekali gus meraih sokongan kepada calon PH Joohari Ariffin.

    “Saya tak menafikan, ada di kalangan ahli Umno yang sedikit sebanyak terkesan dengan suasana politik semasa.

    “Ahli-ahli yang kita telah kenal pasti sudah kita counter dengan memberi penjelasan dan cubaan meraih sokongan,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Sungai Bakap hari ini.

    Ameera Nadia yang juga ketua Puteri Umno Nibong Tebal berkata, hasil usaha dan rayuan kepada ahli-ahli akar umbi memberi impak sokongan kepada Joohari.

    Ameera Nadia mengiringi Joohari menemui orang ramai di Sungai Bakap

    “Hasil daripada usaha dan rayuan kepada ahli-ahli akar umbi, kita melihatkan perubahan sokongan semakin berpihak kepada calon kita.

    MENARIK:  Keluarga Orang Asli tuntut penjelasan lepas anak mati di lokap

    “Kami mengharapkan sokongan yang diberikan kepada Cikgu Joohari Ariffin boleh mengangkat suara rakyat di Sungai Bakap, seterusnya menangani segera isu-isu tempatan,” katanya.

    PRK yang akan berlangsung 6 Julai ini menyaksikan Joohari bersaingan dengan calon PN Abidin Ismail dalam persaingan satu lawan satu.

    PRK DUN Sungai Bakap diadakan selepas kematian penyandangnya Nor Zamri pada 24 Mei lalu.

    Untuk rekod dalam pilihan raya negeri (PRN) lalu menyaksikan kerusi itu dimenangi Nor Zamri dengan majoriti 1,563 undi menewaskan calon PH Norhidayah Che Rose.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah