26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Prosiding inkues kematian Zara bermula 3 September

    Shopee Sale

    Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan 3 Sept ini untuk memulakan prosiding siasatan kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir.

    Koroner Azreena Aziz menetapkan prosiding itu berlangsung mulai 3 hingga 4 Sept, 8 hingga 12 Sept, 17 hingga 19 Sept serta 22 hingga 30 Sept.

    Terdahulu, Pegawai Pengendali Mohd Fairus Johari yang juga Timbalan Pendakwa Raya (TPR) memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) semalam telah memohon agar siasatan kematian  Zara Qairina, 13 tahun.

    Dia berkata seramai 195 saksi terlibat dalam kes berkenaan, namun senarai akhir saksi akan dimuktamadkan sebelum prosiding bermula.

    Azreena turut meminta agar senarai saksi berkenaan dimuktamadkan sekurang-kurangnya dua hari sebelum prosiding dimulakan.

    Turut bertindak sebagai Pegawai Pengendali ialah TPR Dana Arabi Wazani, Afiq Agoes dan Dacia Jane Romanus.

    MENARIK:  Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu akan sertai PKR - Faiz Na'aman

    Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai, selepas dimasukkan sehari sebelumnya.

    Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar itu ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah berkenaan pada pukul empat pagi, 16 Julai.

    Dalam kenyataan pada Rabu lepas, AGC memaklumkan satu inkues akan dijalankan bagi menyiasat kematian Zara Qairina selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia.

    Pada 8 Ogos, AGC memaklumkan bahawa kubur Zara Qairina akan digali semula bagi membolehkan bezah siasat dilakukan. Proses penggalian semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang itu selesai dijalankan pada 7.15 malam, 9 Ogos.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah