26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    20 pelajar tahfiz, empat ustaz selamat dalam kebakaran

    Shopee Sale

    Sebanyak 20 pelajar tahfiz dan empat ustaz Mahaad Tahfiz Husnul Khotimah di Semerah Padi dekat Kuching, berjaya menyelamatkan diri selepas bahagian bumbung bangunan tahfiz struktur jenis kekal terbakar petang tadi.

    Pusat Gerakan Operasi Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.47 petang, sebelum sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dan Padungan digerakkan ke lokasi.

    “Kejadian membabitkan kebakaran pada bahagian bumbung bangunan tahfiz struktur jenis kekal, manakala tingkat bawah bangunan tidak terjejas. Menurut saksi di lokasi, kebakaran berpunca daripada litar pintas.

    MENARIK:  Mulakan dengan reformasi SPRM, kata Bersih pada Izzah

    “Kesemua penghuni iaitu 20 pelajar tahfiz dan empat ustaz berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan,” menurut kenyataan itu.

    Kenyataan itu memaklumkan anggota bomba bertindak melakukan pemadaman secara offensive dan defensive menggunakan sumber air dari pam jentera dan pili bomba berdekatan sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.

    Operasi tamat sepenuhnya pada 6.48 petang, manakala punca kebakaran dan nilai kerugian sedang disiasat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah