32.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Proses pasport 3 pemain warisan dari Belanda di peringkat akhir

    Shopee Sale

    Proses untuk mendapatkan pasport bagi pemain warisan dari Belanda kini sudah berada di peringkat akhir.

    Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya Rob Friend berkata pihaknya berharap proses berkenaan dapat diselesaikan sebelum pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2027, Mac depan.

    “Mempunyai pilihan yang luas dengan pemain warisan ini akan meningkatkan peluang kepada aspirasi kami untuk membawa Harimau Malaya ke peringkat seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Sementara itu, Friend berkata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) komited untuk mencapai hasil dalam pembangunan pemain tempatan di semua peringkat bola sepak di seluruh negara.

    Beliau berkata walaupun naturalisasi adalah antara komponen utama dalam strategi, pihaknya memahami kepentingan membentuk bakat tempatan bagi memastikan kejayaan berterusan untuk pasukan kebangsaan.

    MENARIK:  Kontrak Azam Baki sebagai KP SPRM sambung setahun lagi

    "Matlamat kami adalah untuk membentuk pasukan yang seimbang dan berdaya saing yang mewakili kebanggaan dan semangat bola sepak Malaysia,” katanya.

    Terdahulu, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan bahawa enam hingga tujuh pemain warisan telah dikenal pasti untuk mewakili Malaysia.

    Justeru, Tunku Mahkota Ismail berharap kerajaan dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia agar pemain berkenaan dapat beraksi untuk skuad Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai Mac ini.

    Pasukan kebangsaan di bawah kendalian ketua jurulatih baharu Peter Cklamovski akan memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2027 dengan aksi pertama Kumpulan F menentang Nepal pada 25 Mac.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah